Thursday, December 3, 2009

KONKLUSI...

MERUNGKAI WAKTU..
DETIK DEMI DETIK..
BERLALU BAGAI AIR..
MANGALIR DERAS TANPA HALANGAN..
UMPAMA HIDUP INI..
MENUJU HALUAN YANG TAK PASTI..
ANDAI USANG DAN RAPUHNYA POHON IMAN
HIDUP BAGAI MIMPI YG TIADA KESUDAHANNYA..

Tuesday, December 1, 2009

No Story....

lamenyer aku tinggalkan blog ni..xade citer menarik pon nak dikongsi..mungkin ade nti setelah pulang dari Riau..wish my best!

Tuesday, November 17, 2009

Hilang..

nothing.......lalui hari-hari seperti biasa,sedikit ceria, emosi dan sayu..tenggelam dalam kesamaran.mencari sinar kehidupan.melakar sebuah impian.bersama mimpi yang kecundang....hilang..................

Monday, November 16, 2009

My Personality

JUN
Berfikiran jauh & berwawasan Mudah ditawan kerana sikap baik Berperangai yang lemah lembut Mudah berubah sikap, perangai, idea @ mood Idea yang terlalu banyak di kepala Bersikap sensitif Otaknya aktif (sentiasa berfikir) Sukar melakukan sesuatu dengan segera Bersikap suka menangguh-nangguh Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik Cepat marah & cepat sejuk Suka bercakap & berdebat Suka buat lawak & bergurau Otaknya cerdas berangan-angan Mudah berkawan & pandai berkawan Orang yang sangat tertib Pandai mempamerkan sikap Mudah kecil hati Mudah kena selsema Suka berkemas Cepat rasa bosan Sikap terlalu memilih & cerewet Kurang mempamerkan perasaan Lambat nak sembuh apabila terluka hati Suka kepada barang yang berjenama Mudah menjadi eksekutif Kedegilan yang tidak terkawal Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya

konpius...

Knpla susah sangat aku nak folow blog..ble folow gambar lak xkuar(jd folower hantu) aku dah folow semula tapi dah jadi 3 kali..yang lame 2 xleh nak stop folow..konpius tol aku..nak2 lagi aku ni buta IT..pergh!! cian tol kat aku..tolongla wei!!!!!!!!!!

Friday, November 13, 2009

EXAM MOOD..

Aku baru je selesai menjawab exam kesusasteraan dalam multimedia..seronok gak aku menjawabnya..hahaha..tp masa tak cukupla pulak so aku tertinggal 1 soalan..pergh..frust aku! aku pon tak taula kenapa aku seronok sangat setiap kali pas jawab soklan exam walaupun susah(macam hampeh ja uhu..)tak kiralah paper ape pon..hurm..mungkin dah jadi habit aku..habit???(bagus ape..haha)besok hari terakhir peperangan..(exam daa..)aku akan bertempur sehabis mungkin arggh..tak kira apa nak jadi sekalipun..uhu..(semangat si0t! jgn angan2 mat jenin ja,hukhuk..) terbaiklah irma(p/s: pinjam ayat liyas kihkihkih..)aku ni suka bagi semangat kat diri sendiri, yela sape lagi yang motivate aku kan? ayat yang aku slalu guna ialah : CHAYOK IMA! PASHA! I CAN DO IT! RELAX..HAHA..pastu aku akn rasa tenang dan bersemangat..kalau korang tak caye korang try buat.hehe..kalau xde hasil maknenye korang xde perasaan! huhu..yang pnting "USAHA"!

Tuesday, November 3, 2009

Part Time..

arini aku wat part time kat PKNS Bangi..erm..msti korang tertanya-tanya aku wat kerja ape??uhu..adakah aku jadi pengurus kat sni,atau dj pasaraya,atau pak gat hahaha..sebenarnya aku tolong kawan aku berniaga boot..erm..budak yang keje ngan die boleh cuti lak so die klamkabut cari pengganti..so aku yang baik hati lagi rajin bgun pagi inilah yang membantu..sorang2 lak 2..pergh..aku watla mcm aku punya kedai.dalam hati hanya tuhan ja yang tau(seram si0t!) aku mane penah wat kerja2 camni..aku wat confident ja haha..erm..tapi best gak daripada xde wat ape2 kat umah?(dok melangut depan tv de,tv pon dah naik bosan tgk muka aku kahkahkah..)korang tau tak mcm2 jenis pelanggan yang ada (mcm2 perangaila..)best jugak tengok gelagat pelanggan(mcm aku jugkla cerewetnya..mestila kita sebagai pelanggan mau yang terbaik baru puas hati,)eh aku ni fanatik lak..dah2..aku nak smbung wat kerja lak..caw cin caw! Ariyos....

Monday, November 2, 2009

sakit hati!!

Aku pantang betol kalau orang bercakap xsupe bikin. janji lain buat lain. pastu buat prangai cam s**l. pergh.....sakit tol hati aku!apsalla orang ni suka menyakitkan hati aku??why???? memang s**l r! lg 1 aku memang benci orang yang xtau nak urus mase ngan betul dah tau ptg or malam ade keje ke hape ke siang 2 janganla bantai tdo kaw-kaw..amikla masa 2 untuk buat apa yang patut. hish xpaham aku..nasibla kalau dapat orang yang macam ni.......kalu nak kate penat sume orang penat aku benci tol alasan xmunasabah.gunala alasan munasarawak ker hape ke...benci!benci!benci!!!!!!

PASRAH SEGALANYA..

Tentang hidup..
Tentang kita..
Tentang mereka..
Tentang semua..
kenapa perlu fikirkan
kenapa perlu pertahankan
kenapa perlu disingkirkan
kenapa perlu dipisahkan
Andai itu suratanya..
Andai itu kehendaknya..
Andai itu ketentuanya..
Andai itu hakikatnya..
Aku pasrah segalanya.............

Friday, October 30, 2009

Bersama Selamanya..

Tik..Tik..Tik..Tik..masa berlalu begitu pantas. begitu cepat berlalu.tanpa menunggu kita.tak sangka kini aku bersamanya dan bakal melangkah ke alam yang amat indah dan alam yang diangan-angankan oleh setiap insan yang bercinta..teringat semasa awal perkenalan kami, aku dan dia bermula sebagai seorang kawan biasa..namun dalam hatiku kuat mengatakan bahawa dia adalah milikku. mungkin aku hanya bermimpi di siang hari. dia sudah berpunya. aku cuba memahami situasi..dalam hati aku hanya Tuhan saja yang tahu."assalamualaikum"..seperti ku kenal suara ini tapi di mana ya?? desus hatiku. tanpaku sedari...." waalaikum salam..walsya kan? entah kenapa hatiku berlagu riang..tersenyum lebar aku seolah-olah ada sinar mentari menerangi duniaku..memang benar sangkaan aku..aku memang bijak mengenalpasti suara orang..hehe..ketawa kecil aku akhirnya!detik demi detik aku menantikan satu kata keramat yang terucap dari lubuk hatinya.."nea..i love u"..bagai guruh berdentum di langit, bagai halilintar menyambar seluruh tubuhku..menitis mutiara jernih dari kelopak mataku, terharu dengan kalimah yang diucapkan."i love u 2"..itulah kata-kata terakhir yang mampu terucap dari bibirku..tahun demi tahun hubungan aku dan dia berjalan dengan lancar walaupun banyak cabaran dan dugaan yang mendatangi..ibarat ombak memukul pantai..namun dengan sabar dan tabah akhirnya semua dugaan dapat diharungi walaupun aku dan dia tinggal berjauhan..tiba hari yang di nanti setelah selesai diijab kabulkan aku sah menjadi permaisuri hati walsya seorang lelaki yang sangat aku cintai dan sayangi..syukur aku kehadrat Illahi dengan kehendaknya dia menjadi teman hidupku.."sayang..abang bersyukur kita disatukan bersama,abang akan buat yang terbaik untuk kita,sayang..terima kasih kerana sudi menerima insan yang serba kekurangan ini dalam hidupmu.."abang..nea redha dengan ketentuan tuhan, nea bahagia kita dapat bersama kerana apa yang nea doakan dan impikan terlaksana jua, Alhamduliilah"..aku mengukir senyum dan merenung wajah insan yang bergelar suamiku kini..terpancar sinar kebahagiaan di wajahnya.."dady..mummy....! cepatla iman dah lambat ni.."

TAMAT...

Thursday, October 29, 2009

Alhamdulillah..

leganya 1 paper dah selesai iaitu kaedah penyelidikan kesusasteran..syukur aku boleh jawab kesemua soalan..mudah-mudahan jawapan aku betul..aminnnn..Insyaallah..tak sia-sia aku ngadap nota smpai sakit kepala aku..uhu..hapynya aku...

Wednesday, October 28, 2009

komen jgn xkomen..

Hurm...pasl cls Sastera dalam Multimedia?? not bad..enjoy walaupun banyak tekanan.tapi hasilnya berbaloi-baloi..thnkz dr.normaliza..banyak ilmu pasal multimedia saya pelajari.kalau x saye mesti buta IT..huhuhu..thnkz buat ahli kump multimedia milenia muslim atas kerjasama yg telah diberikan..sory untuk sume rakan2 n geng multimedia kalau ada menyinggung perasaan korang sume..to Dr.halalkan ilmu yg telah diberikan, sory kalau penah menimbulkan kemarahan Dr sepanjang sem ini..jumpe lagi sem depan dalam cls Bhs Dlm Multimedia..mesti banyak kejutan..ehe..

Tuesday, October 27, 2009

Ape kena ngan aku nih???

kenapala hati ni suram ja..erm..sunyi sepi tanpa kata, gelisah,gundah gulana takut, cuak, sume adela..huuh....kabus menyelubungi hatiku..xkan pasal final exam kot??? relax r..jgn tensyen sangat cool ok!jgn tensyen gelabah yg penting ko fokus(bisik hatiku).

PERPADUAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Falsafah pendidikan negara menggariskan, "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakay dan negara.
Falsafah ini menggariskan 3 bidang utama yang meliputi aspek keperluan individu, negara dan ekonomi iaitu perkembangan individu secara menyeluruh, perpaduan rakyat dan kemakmuran negara.
Dasar Pendidikan Kebangsaan dilaksanakan berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.Adalah hasrat kerajaan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dan berkualiti untuk memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara. pendidikan berperanan penting dalam menjayakan wawasan negara demi mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial dan kekuatan rohani, moral, dan etika ke arah mewujudkan masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik.

Monday, October 26, 2009

Ramalan gajet 2010

Apakah gajet atau teknologi yang dijangka meraih perhatian dunia pada tahun depan?

TELEFON 4G dikatakan mempunyai keupayaan menghantar dan menerima data pada kelajuan yang belum pernah dirasai sebelum ini. Ia dikatakan mampu mencapai kelajuan lebih daripada 10Mbps dengan purata kelajuan di antara 3 hingga 6Mbps.

SYARIKAT yang berteraskan teknologi hari ini tidak boleh lagi bergantung kepada kejayaan semalam. Pilihan yang ada cuma dua, sama ada tenggelam atau meneruskan renangan dalam dunia teknologi yang bergerak pantas. Produk baru untuk tahun baru harus sentiasa dititikberatkan.

Tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum kita memasuki tahun 2010. Ada antara teknologi yang sedang dibangunkan diharap dapat dipasarkan sebelum penghujung 2010. Ambil contoh teknologi kamera digital pintar yang sedang dibangunkan oleh Hewlett-Packard. Ia dikatakan mampu membuat terjemahan imej yang diambil kepada beberapa bahasa.

Telefon Motorola

Ciri ini amat berguna untuk mereka yang sering ke luar negara. Jika bahasa yang digunakan pada papan tanda jalan tidak difahami, anda cuma perlu menghalakan lensa kamera ke arah papan tanda tersebut dan menekan butang alih bahasa. Kemudian kamera tersebut akan memberitahu mesej yang tertulis kepada bahasa yang kita fahami.

Telefon bimbit yang bukan sekadar berfungsi sebagai telefon sahaja diramal akan semakin bertambah menjelang 2010. Motorola dilapor bakal mengeluarkan telefon bimbit yang mampu memberikan pengalaman seumpama teater rumah dengan sistem bunyi surround. Telefon tersebut dikatakan mampu memuat turun video berdefinisi tinggi. Selain dilengkapi dengan projektor mikro membolehkan tayangan filem dipaparkan pada permukaan rata.

Oleh KHAIRUL ANUAR ABD. RAHMAN
rencana@kosmo.com.my

Sunday, October 25, 2009

Rindu..boring..layan jela....


Tetibe lak terasa rindu kat si dia..hari minggu pon keje bz tol..tingat kat abahla..hope abah cht..ape kabar nenek ngan atok di perak..erm..mudah2an cht hendaknya..nak balik umah tapi ble dpk2 balik kang balik umah aku nak watpe?? balik2 nti dok mngadap tv 24 jam tanpa henti(layan ASTRO) final nak dekat ni dok umh kompom aku xsentuh bukunye uhu... dok jelah kat kpz ni wat ape yg patut..ade semangat skit nak study klu dok kolej ni coz terasa aura nak exam(eleh..aura konon hehe..)roomate aku rajin tol study arini siap wat nota lagi(udah2la 2..best student romate aku sem depan ehe..)aku lak dok layan novel cari ilham nak wat projek papper..huuh...........

AKHIRNYA............!

Alhamdilillah..akhirnya selesai gak kelas terakhir QKB2102(muzik kompang)dh sekarang just fokus kat final exam ja..kalau boleh malas nak pk sangat pasal exam coz tensyen tapi kne pk gak.(mane leh xpk gle hape) must do best 2 final exm. chayok irma!!!!!! xboleh malas2 dah..uhu..( sblm ni main2 ja, pdn muke aku uhu..)so kpd rakan2 ku sekalian alam "ALL THE BEST DO THE BEST 4 UR FINAL EXAM" relax and fokus be smart, usha dan banyakkan berdoa pada yang Maha Esa..

Saturday, October 24, 2009

BENGANG>>>>>>>

camne aku x bengang, tugasan yang laturer bagi berkumpulan,tapi ahli group boleh wat bangang je( dowh). boleh dorang buat xtau..bukan takat nak wat, nak tanye ape kene buat pon lgla xde. bila aku suh buat macam2 alasan dorang bagi. wei akupun banyak keje gak! ( relax2.....huuuh) arini pensyarah aku dah naik angin. tak taula die boleh bagi pertimbangan lagi ke tak..kalau dia bagi peluang terakhir aku bersyukur sangat2..tp............................(no komen) mudah2han Allah lembutkan hati dia untuk menerima assgment group aku yang( no komen).. dah 2 mulala sesi ungkit mengungkit dan kate mengate( suara sumbang dari dunia kegelapan) hahaha..ayat tak boleh bla...........wuhooo............

Friday, October 23, 2009

lega...

Alhamdulillah..petang td baru je lepas saat-saat yang getir dan agak mencabar bagi aku.. ape taknye, aku terlibat dengan pertandingan debat untuk kursus keterampilan berbahasa..walau apepun aku berjaya mengharuginya walaupun aku tak penah ada pengalaman dalam debat. tak sangka aku boleh wat..ehe..cayalah irma!!!!!!!! (bangga siOt!!!) opssss bhs agk kasar..arhh..xtau nak digambarkan macam mana perasaan aku sekarang hapy giler! sekarang aku yakin, kalau tak cuba mana nak tau..tol tak? ( betul2 , aku jawab sendiri da......) baru aku tau kemampuan aku takat mana.. di sini aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada Pn.Norazlina Kiram yg memberi peluang untuk aku melibatkan diri dakam debat ala parlimen td..dia bnyak bg sokongan dan tunjuk ajar. tak lupa buat my dady( abah) yang sentiasa mendoakan kejayaan anakmu dan memberi sokongan moral..tak lupa buat insan tersayang dan rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi sokongan..i love u all lah!!! Mmmuah!..

Thursday, October 15, 2009

KENYATAANYA.........................

Apa dah berlaku sebenarnya, akupun tak tau. Adakah aku terlalu mengikut perasaan atau sekadar meluahkan kemarahan yang terperpendam sekian lamanya..sukar bagi kita untuk terima sesuatu kenyataan, hakikatnya itulah yang sebenarnya..Aku terpaksa terima hakikat walaupun pedih dan sakit untuk menghadapinya..hanya kerana, aku seorang perempuan......huuuh...............

Friday, October 9, 2009

RAHSIA HATI........

Setiap orang ada kisah hidup masing..tak kiralah sama ada kisah suka,duka mahupun kisah cinta yang sarat dengan mainan emosi dan perasaan..erm..sekadar menyingkap rahsia hati dengan lirik lagu dari kump. Elemen.."Cinta Tak Bersyarat". cinta korang sume cane ek???? pakai syarat gak ke..hehe.. gurau jer.. walau apa pun, setiap orang ada caranya tersendiri..so kene respeklah jugak..tak gitu...?????

Tak ada sedikitpun sesalku
Telah bertahan dengan setiaku
Walau diakhir jalan
Kuharus melepaskan dirimu

Ternyata tak mampu kau melihat
Dalamnya cintaku yang hebat
Hingga ada alasan
Bagimu tuk tinggalkan setiamu..

Demi nama cinta
Telah kupersembahkan hatiku hanya untukmu
Tlah kujaga kejujuran dalam setiap nafasku
Karna demi cinta
Telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu
Sebab kumengerti cinta itu tak mesti memiliki

Andai saja bisa kau fahami
Layaknya arti cinta sejati
Karna cinta yang sungguh
Tiada akan pernah mungkin bersyarat

Ternyata tak mampu kau melihat
Dalamnya cintaku yang hebat…

Tiada kata yang mampuku ucapkan hanya "kau" yang mengetahui jauh di lubuk hati ini...i luv u so much!

Dia Mengetahui Segalanya...

Dimanakah aku bisa sembunyi
Dia Maha Besar
Dia Maha Melihat
Dia Maha Tinggi
Dia Maha Sempurna

Tak ada satupun yang luput dari penjagaan-Nya
Tak ada satupun yang luput dari pandangan-Nya,
Tak ada satupun yang luput dari penglihatan-Nya,
Tak ada satupun yang luput dari pengawasan-Nya

Dia Maha Kuasa
Dia Maha Segala

Dan tiada satupun
Yang mampu menandingi-Nya..

IKHLAS...


saat dunia berhenti berputar

saat manusia tak sanggup lagi berharap

ketika mentari tak sanggup lagi berjanji

menyinari dunia yang telah kau singahi


mampukah kau untuk berbagi

tanpa hasrat ingin diberi

dihadapanNya

dihadapanNya ya Allah


sesungguhnya manusia tak kan bisa

menikmati surga

tanpa ikhlas di hatinya

sesungguhnya manusia tak kan bisa

menyentuh nikmatNya

tanpa tulus dihatinya...

Thursday, October 8, 2009

SERINGKALI..


Asal kejadian anugerah dari yang Maha Esa..
seringkali lalai dengan indahnya dunia..
seringkali leka dengan janji kepadaNya..
seringkali alpa dengan tipu daya yang ada..
kembali mencari hakikat sebenar kewujudan di dunia ini..
mengecapi janji azali..
menjadi hamba sejati..
menjadi khalifah berbudi...