Tuesday, October 27, 2009

PERPADUAN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Falsafah pendidikan negara menggariskan, "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakay dan negara.
Falsafah ini menggariskan 3 bidang utama yang meliputi aspek keperluan individu, negara dan ekonomi iaitu perkembangan individu secara menyeluruh, perpaduan rakyat dan kemakmuran negara.
Dasar Pendidikan Kebangsaan dilaksanakan berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.Adalah hasrat kerajaan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dan berkualiti untuk memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara. pendidikan berperanan penting dalam menjayakan wawasan negara demi mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial dan kekuatan rohani, moral, dan etika ke arah mewujudkan masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik.

No comments:

Post a Comment